Jam
menunjukkan pukul 2 pagi. Mataku bengkak akibat banyak menangis. Dah tiga hari
aku menangis. Semakin aku cuba lupakan dia, semakin aku ingat tentang dia.
Arrghhh, teruk! Mana aku tak lupa kalau setiap malam dia temankan aku, ‘video call’
guna skype. Dah jadi rutin harian, memang susah! Rasanya aku ni dah macam orang
tak waras. Nak kawal air mata pun tak boleh, asyik nak turun saja. Otak pula
asyik putarkan memori tentang aku dengan dia. Kalau la otak ni macam komputer,
kan senang. Tekan saja butang ‘delete’,
terus hilang memori tu macam tak pernah terjadi pun.
Tiga hari
lepas,
Aku terasa
nak buka akaun ‘Facebook’ dia. Apabila dah buka, terkejut aku tengok mesej dia.
Bermesej mesra dengan seorang perempuan. Pada masa itu, badan aku dah rasa
panas, aku rasa ‘jelous’.Nak fikir mereka tu kawan baik, memang tak boleh sebab
bermesej pun lain macam. Nak fikir yang mereka tu ada hubungan pun, tak boleh
juga. Tak boleh aku nak terima yang dia permainkan aku sebab dia bukan orang
sebegitu. Dah tiga tahun aku kenal dia. Jadi, aku ambil keputusan untuk tanya dia
tentang hal ini.
“Kim, siapa
perempuan yang awak mesej dekat Facebook tu?”
“Hmmm, kawan
la,” dia balas dengan gagap, matanya pandang ke arah lain.
“Ya kah kawan? Lain macam saja saya baca mesej korang dua.”
Akhirnya dia
mengaku juga. Mereka dah lebih dari kawan. Perempuan itu putus cinta. ‘Ex-boyfriend’
dia dah bertunang dengan perempuan lain atas desakan keluarga. Jadi ‘boyfriend’ aku yang mengubati luka dia
dan akhirnya mereka jatuh cinta. Tanpa pengetahuan aku, dia bercinta dengan
orang lain sambil bercinta dengan aku. Sakitnya hati aku pabila tahu akan hal ini.
Air mata turun tanpa aku suruh.
“Sampai hati
awak buat macam ni dekat saya!”
Dia tak
pandang aku yang sedang menangis.
“Sorry. Tapi
kalau awak kacau perempuan tu, siap la awak dengan saya,” suaranya perlahan.
Dia hantar
aku balik rumah. Dalam kereta dia, aku tak boleh berhenti menangis walau dah
banyak kali aku cuba. Dia tak pujuk aku sebab dia tahu, kalau dia pujuk aku,
aku akan menangis dengan lebih kuat. Dia amat faham aku selain ibu bapa aku. Tapi,
kalau dia faham aku, kenapa dia buat aku sebegini? Persoalan itu banyak kali
bermain dalam minda aku. Aku dah tak boleh nak berfikir lagi. Sampai saja
rumah, aku terus turun kereta tanpa pandang dia.
Keesokkan
pagi, aku dah rasa lebih baik. Aku rasa apa yang terjadi semalam itu hanya mimpi.
Susah nak percaya. Akan tetapi, aku
terasa nak tanya dia lagi tentang hal semalam. Lagipun dia sedang ‘online’ di
Facebook.
“Hey, dah
lama ke awak dengan dia?” aku mula tegur dia.
“Hmm, lama
la juga,” dia balas.
Oh, patut la
sejak kebelakangan ini, dia asyik pegang ‘handphone’ saja bila kami sedang ‘video
call’. Patut la dia tak layan aku sangat. Baru sekarang aku tahu!
“Sejak bila?”
soal aku lagi.
“Sejak awak
cakap macam tu dekat saya.”
Air mata aku
mengalir laju. Rupa-rupanya dah lama dia berdendam dengan aku. Dah setahun. Tak
sangka pula apa yang aku dah cakap dan apa yang aku dah buat memakan diri aku
sendiri.
***
Tahun lepas,
Di belakang
Kim, aku bercinta dengan orang lain. Akan tetapi aku layanan yang aku bagi pada
dia tetap tak berubah. Jadi dia tak syak apa-apa. Lagipun, dia tahu yang aku ni
selalu layan lelaki kat Facebook tu. Pada masa itu, aku tak pernah terfikir
yang dia akan tahu tentang hal ini. Dan pada satu hari, dia tanya aku.
“Lelaki tu siapa?”
Aku
sememangnya tak pandai nak menipu, jadi aku bagitahu saja hal yang sebenar
kepada dia. Aku lihat mukanya merah, nampak marah. Akan tetapi dia kawal
kemarahan dia itu. Pada masa itu, aku rasa yang aku ni teruk sangat. Ya la, dia
setia pada aku, tapi aku ini tidak.
“Awak jangan
kacau dia, kalau nak marah, marah la saya. Dia tak ada kena-mengena pun.”
“Baik la,”
balas dia dengan suara yang perlahan.
“Sorry Kim,
lepas ni saya tak buat lagi. Maafkan saya ya.”
Dia hanya
mengangguk. Sejak dari hari itu, aku dah tak hubungi lelaki tu lagi. Aku dah
ambil keputusan untuk setia kepada Kim saja. Dia pula seperti dah lupakan apa
yang berlaku. Aku rasa lega, lega kerana dia maafkan aku. Namun rasa bersalah
tetap ada dalam hati aku ini. Yang pasti, aku sayang akan dia.
***
“Jadi,
selama ni awak berpura-pura depan saya saja?” Soalku.
“Tak, saya
sayang awak. Saya sayang dia juga. Kalau boleh saya nak dua dua. Tapi tak
mungkin boleh, kan? Maafkan saya..” Dia hanya pandang ke bawah, tak berani
pandang mata aku.
“Ya kah?
Kalau macam tu, terima kasih. Terima kasih kerana menyedarkan saya.” Air mata ku berderai turun. Terus aku berlalu
pergi. Tak sanggup lagi aku nak tatap mukanya lama-lama. Kini, aku dah rasa apa
yang dia rasa. Betapa pedihnya, betapa sakitnya hati bila kita dipermainkan.
Ya, betul lah apa yang orang cakap. Jika kita buat sesuatu yang tak baik dengan
orang, pasti kita akan rasa apa yang mereka rasa, cepat atau lambat sahaja. Selalu
saja aku terbayang wajahnya apabila aku pergi ke tempat yang selalu kami pergi
dulu. Susahnya, susahnya untuk lupakan dia. Tapi, akan aku cuba juga! Ini satu
pengajaran buat aku. Aku takkan bercinta sebelum kahwin!
***
Pengajaran :
1) Kalau kita buat jahat, mesti kita sendiri akan rasa apa yang kita dah buat.
2) Tak payah la nak bercinta muda-muda ni. Bila dah bersedia nak kahwin, haaa, baru la cari cinta.
3) Tak payah la nak share password facebook, kalau kantoi macam ni kan susah. ahaha.
3) Tak payah la nak share password facebook, kalau kantoi macam ni kan susah. ahaha.
P.S : Cerita ni takda kena-mengena dengan aku. Aku hanya tulis berdasarkan pengalaman seorang kawan aku. Aku yang tulis ni pun rasa geli bila baca balik. Hahaha. :)
9 comments:
:) sy hanye mampu tersenyum dan tumpang sedih untuk dia .
yess betul tuu
yupe..suka pengajaran yang pertama..tapi sayang tak semua orang berpeluang sedar kejahatan yang dibuat oleh diri sendiri..
saya setuju ngan pengajaran 1, 2 tu..hehe..
yg ke-3 tu, tak setuju sbb saya suke skodeng..huhu~
la...ingatkan cerita sendiri.
cinta itu mengusutkan. nasib baik single!
hehe
ingat cerita sendiri. hoho. tapi best. ade pengajarannya :)
Hmmmmm... seronok baca.....
hm, sedih baca
hmmm ... somehow saya agreed dengan pengajaran tu :) Agak sedih la jugak cite ni :)
Haaa pandai sangat share paswordd..hehe
Post a Comment