Saturday, July 7, 2012

Nama Dalam Bahasa Jepun?

Assalamualaikum!



Hari ini hari jumaat, kawan-kawan aku semuanya balik ke rumah masing-masing. Nak duduk sorang-sorang kat uniten ni memang tak la. Huu, aku ni jenis kalau orang cerita yang pelik-pelik sikit, memang otak aku secara tidak  langsungnya akan ligat memaparkan bayangan cerita tersebut. Susah kann? Haihh, kalau boleh, nak saja aku buang otak ni. Haha. Nasib baik paksu dan maksu aku tinggal kat sini, jadi aku pun boleh la balik ke rumah mereka.


Haa, dah habis aku cerita kisah hari ni, jom kita sembang pula pasal tajuk entri hari ni. Nama dalam bahasa jepun. Mari baca kisah  di bawah dahulu.
***
Aku suka sangat pasal Jepun, anime, bahasa, negara, tempat kat sana. Semua aku suka, tapi makanan saja yang tak berapa aku nak minat sebabnya aku lagi suka makanan kat Malaysia yang sedap gila-gila (over). Jadi aku selalu la dok praktik baca buku untuk belajar bahasa Jepun kat sekolah. Dulunya aku sekolah duduk asrama. Pada satu hari (tapi banyak hati),

Kawan : Weh, nama aku dalam bahasa Jepun apa?


Aku : Haa? Mana ada nama kita dalam bahasa jepun.


Kawan : Hang bohong aih.


Aku : Sungguh la.
***

Ramai sungguh yang tanya soalan macam tu kat aku. Aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Jadi, sekarang ni aku dah tau macam mana nak jawab. Sebab tu la aku buat entri ni, nak terangkan pasal jawapan kepada soalan tu.

Okay, macam ni. Kalau orang Jepun datang tempat kita, kemudian dia tanya apa nama dia dalam bahasa Malaysia. Haa? Macam mana kita nak jawab? Macam tu juga la nama kita dalam bahasa jepun. Nama orang jepun selalunya mereka akan ambil dari kanji-kanji(karakter cina), dan kemudian mereka akan gabungkan menjadi nama yang sedap. Bukan kanji starch tu tau.

Sebagai contoh, 愛子(Aiko). Nama Aiko ni diambil dari dua tulisan kanji iaitu Ai dan juga Ko. Nama tersebut boleh diambil dari 愛(ai) yang bermaksud suka, dan juga 子(ko) yang bermaksud budak. 


Contoh lain, 真喜男(Makio). Nama itu diambil dari 3 karakter kanji. 真(ma) yang bermaksud benar, 喜(ki) dari 喜び(yorokobi) yang bermaksud kegembiraan dan juga 男(otoko) yang bermaksud lelaki.

Haa, macam tu la cara orang jepun bagi nama kepada anak mereka. Jadi, kalau rasa nak nama dalam bahasa jepun tu, reka la sendiri. Jenuh nak fikir karakter kanji, nak fikir maksud lagi. Okay, sampai di sini saja. Sampai berjumpa lagi! ;)

P.S : Teringin sangat aku nak pandai bahasa Jepun. T.T

Terima kasih kerana membaca. Kalau suka LIKE, kalau best SHARE. :)

Friday, July 6, 2012

Cara Atasi Masalah Berdengkur


Assalamualaikum! 




Siapa suka tidur, cepat angkat tangan! Haha, bukan suka tapi tidur satu keperluan bukan? Selalunya apabila kita dengar orang berdengkur, pasti kita berkata dalam hati, "eh, dia ni letih sangat sampai tidur pun berdengkur".

Sebenarnya, dengkur bukan disebabkan terlalu letih, tetapi dengkur terjadi apabila adanya halangan pada saluran pernafasan, mungkin juga kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher, dan juga mungkin faktor habuk atau alahan.

Pengaliran udara melalui saluran yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.

Kalau kita berdengkur, pasti kita akan malu jika kita menumpang rumah orang lain. Takut tidur orang lain terganggu dek dengkuran kita yang kuat itu. Jadi apa kata kita cuba untuk kurangkan masalah berdengkur ini. Jom! ;)

Cara atasi masalah berdengkur 


  • Ubah posisi tidur
Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

  • Turunkan berat badan
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Jadi, langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

  • Hindari ubat penenang atau sedatif
Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.


  • Hidu wap air sebelum tidur
Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.



  • Habuk 
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

***

P.S : Aku pun taktau yang aku ni tidur berdengkur ataupun tidak. Hahaa.

Terima kasih kerana membaca. Kalau suka LIKE, kalau best SHARE. :)