Assalamualaikum!
Siapa suka tidur, cepat angkat tangan! Haha, bukan suka tapi tidur satu keperluan bukan? Selalunya apabila kita dengar orang berdengkur, pasti kita berkata dalam hati, "eh, dia ni letih sangat sampai tidur pun berdengkur".
Sebenarnya, dengkur bukan disebabkan terlalu letih, tetapi dengkur terjadi apabila adanya halangan pada saluran pernafasan, mungkin juga kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher, dan juga mungkin faktor habuk atau alahan.
Pengaliran udara melalui saluran yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.
Kalau kita berdengkur, pasti kita akan malu jika kita menumpang rumah orang lain. Takut tidur orang lain terganggu dek dengkuran kita yang kuat itu. Jadi apa kata kita cuba untuk kurangkan masalah berdengkur ini. Jom! ;)
Cara atasi masalah berdengkur
Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Jadi, langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.
- Hindari ubat penenang atau sedatif
Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.
- Hidu wap air sebelum tidur
Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.
***
P.S : Aku pun taktau yang aku ni tidur berdengkur ataupun tidak. Hahaa.
No comments:
Post a Comment