Thursday, July 5, 2012

Bapa Aku Penyapu!

Assalamualaikum!




Pada suatu hari, di satu sekolah rendah, tiga orang sahabat sedang berbual. Mari ikuti perbualan mereka di bawah :

Abu : Hey Lim, bapa engkau kerja apa?

Lim : Bapa aku penulis buku. Bapa engkau apa macam?

Abu : Bapa aku pemandu aje. Ranjit, engkau pula macam mana?

Ranjit : Bapa aku penyapu.

Abu dan Lim : Haaaahhh?! Penyapu?!

Ranjit : Iya la. Penyapu. Kalau bapa Lim menulis buku, dia jadi penulis. Bapa engkau Abu, memandu, jadi dia pemandu.  Bapa aku sapu sampah, jadi dia penyapu la.

Abu dan Lim : .......

P.S : Cerita ni aku ambil dari majalah kawan. Masa tu sekolah rendah. Aku ingat lagi sampai sekarang. Hahaha. Rindu nak baca majalah tu lagi. Aku suka cerita dari Dee. :)

Terima kasih kerana membaca. Kalau suka LIKE, kalau best SHARE. :)

No comments: