Saturday, March 17, 2012

Terima Kasih Kerana Menyedarkan Aku



Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Mataku bengkak akibat banyak menangis. Dah tiga hari aku menangis. Semakin aku cuba lupakan dia, semakin aku ingat tentang dia. Arrghhh, teruk! Mana aku tak lupa kalau setiap malam dia temankan aku, ‘video call’ guna skype. Dah jadi rutin harian, memang susah! Rasanya aku ni dah macam orang tak waras. Nak kawal air mata pun tak boleh, asyik nak turun saja. Otak pula asyik putarkan memori tentang aku dengan dia. Kalau la otak ni macam komputer, kan senang. Tekan saja butang  ‘delete’, terus hilang memori tu macam tak pernah terjadi pun.

Tiga hari lepas

Aku terasa nak buka akaun ‘Facebook’ dia. Apabila dah buka, terkejut aku tengok mesej dia. Bermesej mesra dengan seorang perempuan. Pada masa itu, badan aku dah rasa panas, aku rasa ‘jelous’.Nak fikir mereka tu kawan baik, memang tak boleh sebab bermesej pun lain macam. Nak fikir yang mereka tu ada hubungan pun, tak boleh juga. Tak boleh aku nak terima yang dia permainkan aku sebab dia bukan orang sebegitu. Dah tiga tahun aku kenal dia. Jadi, aku ambil keputusan untuk tanya dia tentang hal ini. 

“Kim, siapa perempuan yang awak mesej dekat Facebook tu?”

“Hmmm, kawan la,” dia balas dengan gagap, matanya pandang ke arah lain.

“Ya kah kawan? Lain macam saja saya baca mesej korang dua.”

Akhirnya dia mengaku juga. Mereka dah lebih dari kawan. Perempuan itu putus cinta. ‘Ex-boyfriend’ dia dah bertunang dengan perempuan lain atas desakan keluarga.  Jadi ‘boyfriend’ aku yang mengubati luka dia dan akhirnya mereka jatuh cinta. Tanpa pengetahuan aku, dia bercinta dengan orang lain sambil bercinta dengan aku. Sakitnya hati aku pabila tahu akan hal ini. Air mata turun tanpa aku suruh.

“Sampai hati awak buat macam ni dekat saya!”

Dia tak pandang aku yang sedang menangis.

“Sorry. Tapi kalau awak kacau perempuan tu, siap la awak dengan saya,” suaranya perlahan.

Dia hantar aku balik rumah. Dalam kereta dia, aku tak boleh berhenti menangis walau dah banyak kali aku cuba. Dia tak pujuk aku sebab dia tahu, kalau dia pujuk aku, aku akan menangis dengan lebih kuat. Dia amat faham aku selain ibu bapa aku. Tapi, kalau dia faham aku, kenapa dia buat aku sebegini? Persoalan itu banyak kali bermain dalam minda aku. Aku dah tak boleh nak berfikir lagi. Sampai saja rumah, aku terus turun kereta tanpa pandang dia.

Keesokkan pagi, aku dah rasa lebih baik. Aku rasa apa yang terjadi semalam itu hanya mimpi. Susah nak percaya.  Akan tetapi, aku terasa nak tanya dia lagi tentang hal semalam. Lagipun dia sedang ‘online’ di Facebook.  

“Hey, dah lama ke awak dengan dia?” aku mula tegur dia.

“Hmm, lama la juga,” dia balas.

Oh, patut la sejak kebelakangan ini, dia asyik pegang ‘handphone’ saja bila kami sedang ‘video call’. Patut la dia tak layan aku sangat. Baru sekarang aku tahu!

“Sejak bila?” soal aku lagi.

“Sejak awak cakap macam tu dekat saya.”

Air mata aku mengalir laju. Rupa-rupanya dah lama dia berdendam dengan aku. Dah setahun. Tak sangka pula apa yang aku dah cakap dan apa yang aku dah buat memakan diri aku sendiri.

***
Tahun lepas,

Di belakang Kim, aku bercinta dengan orang lain. Akan tetapi aku layanan yang aku bagi pada dia tetap tak berubah. Jadi dia tak syak apa-apa. Lagipun, dia tahu yang aku ni selalu layan lelaki kat Facebook tu. Pada masa itu, aku tak pernah terfikir yang dia akan tahu tentang hal ini. Dan pada satu hari, dia tanya aku.

“Lelaki tu siapa?”

Aku sememangnya tak pandai nak menipu, jadi aku bagitahu saja hal yang sebenar kepada dia. Aku lihat mukanya merah, nampak marah. Akan tetapi dia kawal kemarahan dia itu. Pada masa itu, aku rasa yang aku ni teruk sangat. Ya la, dia setia pada aku, tapi aku ini tidak.

“Awak jangan kacau dia, kalau nak marah, marah la saya. Dia tak ada kena-mengena pun.”

“Baik la,” balas dia dengan suara yang perlahan.

“Sorry Kim, lepas ni saya tak buat lagi. Maafkan saya ya.”

Dia hanya mengangguk. Sejak dari hari itu, aku dah tak hubungi lelaki tu lagi. Aku dah ambil keputusan untuk setia kepada Kim saja. Dia pula seperti dah lupakan apa yang berlaku. Aku rasa lega, lega kerana dia maafkan aku. Namun rasa bersalah tetap ada dalam hati aku ini. Yang pasti, aku sayang akan dia.

***

“Jadi, selama ni awak berpura-pura depan saya saja?” Soalku.

“Tak, saya sayang awak. Saya sayang dia juga. Kalau boleh saya nak dua dua. Tapi tak mungkin boleh, kan? Maafkan saya..” Dia hanya pandang ke bawah, tak berani pandang mata aku.

“Ya kah? Kalau macam tu, terima kasih. Terima kasih kerana menyedarkan saya.” Air mata ku berderai turun. Terus aku berlalu pergi. Tak sanggup lagi aku nak tatap mukanya lama-lama. Kini, aku dah rasa apa yang dia rasa. Betapa pedihnya, betapa sakitnya hati bila kita dipermainkan. Ya, betul lah apa yang orang cakap. Jika kita buat sesuatu yang tak baik dengan orang, pasti kita akan rasa apa yang mereka rasa, cepat atau lambat sahaja. Selalu saja aku terbayang wajahnya apabila aku pergi ke tempat yang selalu kami pergi dulu. Susahnya, susahnya untuk lupakan dia. Tapi, akan aku cuba juga! Ini satu pengajaran buat aku. Aku takkan bercinta sebelum kahwin!
***

Pengajaran :
1) Kalau kita buat jahat, mesti kita sendiri akan rasa apa yang kita dah buat.
2) Tak payah la nak bercinta muda-muda ni. Bila dah bersedia nak kahwin, haaa, baru la cari cinta.
3) Tak payah la nak share password facebook, kalau kantoi macam ni kan susah. ahaha.

P.S : Cerita ni takda kena-mengena dengan aku. Aku hanya tulis berdasarkan pengalaman seorang kawan aku. Aku yang tulis ni pun rasa geli bila baca balik. Hahaha. :)

Terima kasih kerana membaca. Kalau suka LIKE, kalau best SHARE. :)

9 comments:

Afiqah said...

:) sy hanye mampu tersenyum dan tumpang sedih untuk dia .
yess betul tuu

Unknown said...

yupe..suka pengajaran yang pertama..tapi sayang tak semua orang berpeluang sedar kejahatan yang dibuat oleh diri sendiri..

Liyana Anuar said...

saya setuju ngan pengajaran 1, 2 tu..hehe..

yg ke-3 tu, tak setuju sbb saya suke skodeng..huhu~

miranadia said...

la...ingatkan cerita sendiri.

cinta itu mengusutkan. nasib baik single!
hehe

Anonymous said...

ingat cerita sendiri. hoho. tapi best. ade pengajarannya :)

Jay said...

Hmmmmm... seronok baca.....

nia said...

hm, sedih baca

nana said...

hmmm ... somehow saya agreed dengan pengajaran tu :) Agak sedih la jugak cite ni :)

shafwan said...

Haaa pandai sangat share paswordd..hehe