Nama aku
Naim. Aku ni boleh juga dikatakan seorang lelaki yang agak handsome, lelaki yang menjadi pujaan gadis-gadis serata dunia(perasan).
Hahaha. Aku ni anak tunggal dan dijaga oleh seorang ibu. Ayah aku meninggal
ketika aku berumur 1 tahun. Tak banyak kenangan aku dengan Ayah. Maklumlah,
umur 1 tahun, tak mungkin aku boleh tahu, boleh ingat perkara yang terjadi dengan usia yang muda seperti
tu. Sekarang ni, aku dah berumur 25 tahun dan sedang berkerja sebagai seorang
guru di sebuah sekolah rendah.
Walaupun aku
ni dah mempunyai umur yang sesuai untuk berkahwin, namun, seorang kawan perempuan
pun tak ada. Sebabnya, aku ni seorang yang pemalu. Dengan perempuan saja aku
segan, dengan lelaki aku okay saja.
Yang susahnya, ibu aku dah bising-bising suruh aku kahwin. Teringin nak timang
cucu, nak ada menantu yang boleh jadi teman katanya. Kalau aku tak ada calon,
dia yang nak carikan. Ahhh, tak nak la aku. Ibu aku cakap dia takut tak sempat
nak tengok aku kahwin. Mengarut betul ibu aku ni.
Dalam hati
aku ni, teringin juga nak ada seorang isteri, perempuan yang akan menjadi ibu
kepada anak-anak aku kelak. Tapi sebelum tu, aku kena la buang sifat malu aku
ni. Nak dijadikan cerita, ada seorang guru baru berpindah masuk ke sekolah yang
aku sedang bekerja. Seorang guru perempuan. Cantik dan sopan. Lihat dari wajah,
umurnya nampak lebih kurang dengan umur aku. Sekali pandang, terus aku rasa macam nak
kenali dia. Sesuai untuk aku jadikan calon isteri. Ketika aku sedang memerhatikan
dia, tiba-tiba dia memandang dan senyum ke arah aku.
“Assalamualaikum.
Awak sibuk?” aku menyapa, dalam hati menahan malu.
“Waalaikumussalam.
Eh, tak ada la,” balasnya senyum.
Aku mulakan
perbualan yang biasa. Sebelum berpindah ke sini, dia tinggal berjauhan dengan
keluarganya. Dia merupakan anak tunggal jadi, sudah tentu ibu bapanya sunyi. Sebab
itu la, dia berpindah la ke sini. Kami berbual sekejap sahaja, dalam 10 minit.
Sebabnya dia ada kelas pula. Tapi sekejap pun jadi la dari tak langsung. Yes,
yes! Langkah pertama dah berjaya ; untuk mulakan perkenalan. Hahaha, pertama kali pula tu. Oh ya, namanya
Aimi.
Selepas dari
aku tegur dia buat kali pertama, aku rasa selesa nak tegur dia lagi. Rasa segan
pun dah hilang. Dia pun nampak macam okay
saja dengan aku. Tapi, satu benda saja yang belum aku confirmkan. Aku tak tahu yang dia dah berpunya atau belum. Hmmm,
aku kena tanya dengan cara yang berhemah ni. Takut nanti dia fikir aku gatal
pula. Aku nak cari isteri, bukan nak cari girlfriend.
Okay, aku kena cari masa yang sesuai!
***
“Kringgggggggg,” bunyi loceng menandakan persekolahan
dah tamat buat hari itu.
“Ermm, Aimi,
lepas ni awak free tak?” Soalku.
“Lepas ni?”
“Ya, lepas
ni. Kalau awak free, saya nak ajak awak lunch
sekali.”
“Oh, free selalu. Hehe.”
“Tapi sebelum
tu, saya nak tanya.”
Dia mengerut
kening, menunggu soalan aku.
“Tak ada
orang marah kah kalau awak keluar dengan saya ni?” soalku sambil sengih-sengih.
“Eh awak ni,
tak ada la. Siapa yang nak marah?” dia tersenyum malu.
Yes, langkah kedua pun dah berjaya! Dia faham maksud aku.
Wahh, aku rasa macam dah pro pula dalam
hal ni. Hahaha. Aimi datang ke sekolah dihantar oleh pakciknya. Jadi, selepas lunch, aku pun hantar dia pulang. Terkejut
aku tengok rumah dia. Besar! 6 kali ganda rumah aku. Baru aku tahu, Aimi anak
dato’. Patut la datang sekolah ada orang yang hantar, balik ada orang yang
jemput.
“Jemput la
masuk rumah dulu,” pelawa Aimi.
“Eh, tak apa
lah. Saya ada hal pula. Terima kasih pelawa saya masuk. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.
Terima kasih juga. Jumpa esok,” Aimi senyum padaku.
Aku membalas
senyumannya yang manis itu. Nampaknya dia pun macam sukakan aku saja. Bagus,
bagus. Selepas ni, boleh la aku teruskan langkah yang ketiga pula. Hehehe. Tapi,
bila difikirkan balik, dia anak orang kaya, aku pula sebaliknya. Hmmm, bolehkah
ibu bapa dia terima aku ni? Positif, aku harus berfikiran positif! Belum cuba
belum tahu.
***
“Assalamualaikum!
ibu, saya dah pulang.”
“Waalaikumussalam.
Amboi anak Ibu sorang ni, senyum sakan. Apa yang buat Im gembira ni?” Soal Ibu
tersenyum.
“Rahsia la ibu.
Hehe, nanti dah tiba masa, Im bagitau ibu eh?”
“Ya la, jangan
lama sangat. Tak sabar ibu nak tau,” balas ibu lembut.
Ini la ibu
aku, Zaiton. Seorang yang cantik, lemah-lembut, dan sangat memahami aku. Ibu
aku dulu bekerja sebagai seorang kerani di sebuah sekolah. Hanya dia seorang
yang menyara hidup aku. Pabila aku ada masalah, pasti ibu akan menolong aku
tanpa aku minta. Ibu aku boleh baca masalah aku hanya dengan lihat wajah aku.
Aku sayang ibu, dan nanti lepas aku kahwin, aku akan bawa ibu tinggal sekali!
Jam dah
menunjukkan pukul 11 malam. Aku di atas katil masih teringat senyuman Aimi. Alahai,
manisnya dia. Bakal isteri aku, bakal menantu ibu. Mesti ibu gembira. Tak sabarnya
nak bawa dia jumpa ibu.
***
Sebulan kemudian,
Akhirnya,
aku bersedia untuk melamar Aimi. Aimi sangat sukakan kucing. Jadi, aku belikan
sebentuk cincin dan seekor kucing parsi. Cincin itu aku ikatkan di rantai leher
kucing tersebut. Hanya tunggu berikan pada dia saja. Hati aku berdebar-debar.
Aku menekan loceng di pintu pagar rumahnya. Tak lama kemudian, Aimi keluar.
“Aimi, saya
ada bawa hadiah untuk awak! Kucing yang awak suka.”
“Wah,
comelnya! Terima kasih Im!” wajah Aimi nampak berseri. “Ehh, cincin?!” sambil
dia memandang wajah aku.
Aimi mengangguk.
Air matanya mengalir, terharu.
***
“Assalamualaikum ibu, ni calon isteri Im, Aimi.”
Raut wajah
ibu berubah. Tetapi dia cuba sembunyikan dengan senyumannya. Ibu menyambut Aimi
dengan mesra. Aku lihat mereka berdua dapat menyesuaikan diri, dapat berbual
dengan baik. Namun, aku hairan. Kenapa raut wajah ibu berubah semasa aku bawa
Aimi masuk rumah tadi. Pelik.
Dalam
perjalanan pulang ke rumah, setelah aku hantar Aimi pulang, raut wajah ibu tadi
masih lagi terbayang. Persoalan itu bermain di minda aku. Kenapa dengan Aimi?
Apa yang telah aku buat? Kenapa raut wajah ibu berubah? Hati aku tak tenang
fikirkan tentang itu. Sebaik sampai di rumah, aku lihat ibu terpacak di hadapan
pintu, menunggu aku pulang.
“Im, ibu
memang nak Im kahwin, tapi, tapi bukan dengan budak perempuan itu!” ujar ibu.
“Kenapa ibu?
Kenapa?” aku bengang. “Apa yang ibu tak suka dekat Aimi? Dia baik,
sopan-santun, apa yang ibu tak suka?” jerkah aku.
Ibu tak
menjawab. Dia hanya menangis. Aku yang kebengangan, pergi tinggalkan ibu.
Tinggalkan ibu yang menangis keseorangan. Aku geram ibu tak nak terima Aimi.
Aku dah sukakan dia, dan dia juga sukakan aku. Kenapa pula ibu nak menghalang? Aku
bengang sangat! Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Makcik sebelah rumah
yang telefon aku.
“Im, mak kau
jatuh pengsan! Cepat Im, cepat!”
Aku tanpa
berlengah, bergegas pulang ke rumah dan bawa ibu ke hospital. Aku risau tak
menentu. Semua salah aku, tinggalkan ibu seorang diri tadi. Seketika kemudian, doctor
mendekati aku. Ibu disahkan menghidapi barah otak. Air mataku terus mengalir.
Aku segera pergi mendapatkan ibu. Ibu yang kelihatan lemah, memandang dan
senyum ke arah aku.
“Ibu,
maafkan Im ibu. Maafkan Im sebab marahkan ibu tadi,” sambil menangis aku
memohon maaf.
“Ibu pun
minta maaf Im. Selama ni ibu tipu Im, ibu sembunyikan perkara yang sebenar.
Sebenarnya ayah Im masih hidup. Ayah tinggalkan ibu semasa Im baru berumur
setahun.”
“Kenapa ibu
tak bagitau Im?” soalku.
“Ibu tak nak
Im bencikan ayah. Selepas ayah tinggalkan kita, dia tak pernah jenguk Im, dia
tak pernah kenal muka Im. Sebab itu ibu rahsiakan dari Im. Ibu tak nak Im
berdendam dengan Ayah.”
Aku tak
terkata. Hanya air mata mengalir.
“Ibu minta
maaf sebab tak benarkan Im kahwin dengan Aimi. Sebenarnya Aimi itu adik kandung
Im. Dia anak kepada ayah Im dengan isterinya. Maafkan ibu sebab rahsiakan hal
ni.” Ibu tersenyum namun air matanya masih mengalir.
Terkejut aku
mendengar penjelasan ibu. Aku hampir bertunang dengan adik kandung aku sendiri!
Sepatutnya ibu memberitahu aku tentang hal ini sejak dahulu lagi. Kalau tidak,
hal ini tak mungkin akan berlaku.
“Maafkan Im
juga,” aku senyum. “Nanti ibu tolong carikan calon isteri untuk Im, boleh??”
Ibuku mengangguk,
hanya tersenyum. J
***
Pengajaran :
1) Apa yang ibu kita cakap, pasti ada sebabnya. :)
P.S : Kisah ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Jika ada kesamaan nama, atau jalan cerita, ianya hanyalah satu kebetulan.
3 comments:
wat suspen jer...
oh..begitu kisahnya...kesian kat im tapi tak apalah, tak ada jodoh..
oh..begitu kisahnya...kesian kat im tapi tak apalah, tak ada jodoh..
Post a Comment