Dah lama tak update. Maklum la aku ni bukan orang yang banyak idea. Aku pun taktau otak aku ni jenis apa. Haishh.Okay. Pasal tajuk entri ni, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku kata macam tu. Dah memang terbukti rokok tak membahayakan kesihatan. Percaya la cakap aku. Tak percaya? apa kata mai baca kisah di bawah.
Kisah 3 lelaki terperangkap di dalam gua
Pada suatu hari, telah ditakdirkan 3 orang lelaki terperangkap di dalam gua yang berasingan. Di dalam gua tersebut mempunyai air dan juga buah yang boleh dimakan. Gua tersebut juga mempunyai jin yang menjaganya. Jin tersebut pun pergi berjumpa dengan lelaki-lelaki yang terperangkap tersebut. Lalu ditanya, "wahai lelaki yang terperangkap, aku boleh tunaikan hasrat. Akan tetapi, cuma satu sahaja yang boleh aku tunaikan". Lelaki tersebut pun berfikir sendirian. Dia tersengih. Dijawabnya, "aku mahukan perempuan cantik yang banyak!". Zassss, permintaan lelaki tersebut terus ditunaikan.
Setelah itu, jin tersebut pergi ke lelaki yang kedua pula. Soalan yang sama ditanya. Lelaki tersebut meloncat kegembiraan apabila mendengarkan soalan tersebut. Lelaki tersebut menjawab, "aku selama ini hidup dalam keadaan yang hina, aku miskin. Jadi, aku ingin menjadi kaya. Berikan aku emas yang banyak!". Zassss, permintaan lelaki tersebut juga ditunaikan.
Dan akhir sekali, jin tersebut menghala ke gua lelaki yang ketiga. Soalan yang sama juga ditanya. Jawab lelaki tersebut "aku pernah hisap rokok, tapi mak aku selalu larang. Sedap pulak rasanya, jadi aku mahukan rokok yang banyak!". Zassss, muncul di hadapan lelaki tersebut, rokok yang banyak. Dia gembira.
50 tahun kemudian, lelaki yang pertama mati disebabkan penyakit HIV. Lelaki kedua juga mati. Namun bukan disebabkan penyakit, tetapi dia mati ditimbus emas yang banyak. Akan tetapi, lelaki ketiga masih hidup! Dengan tubuh badan yang sihat pula! Dan dia diselamatkan oleh pemuda yang lalu disitu yang mendengar lelaki itu membebel. "Apa pakcik bebelkan ini?", tanya pemuda tersebut. Lalu dijawab lelaki itu, "Cis, jin tak guna. Dah bagi rokok, tak reti nak bagi api sekali ke? Dia ingat boleh aku hisap rokok kalau tak ada api?!".
***Tamat***
Haaa, percaya tak cakap aku? Rokok takkan bahaya kalau tak dibakar dan dihisap!
P/s : Cerita ni aku pernah dengar dari seseorang. Tapi dah lupa saipa. Sama ada cikgu atau pun penceramah yang datang bagi ceramah kat sekolah. Aku pun tak ingat sangat, jadi aku pun buat la cerita sendiri. tapi yang pasti, yang pasal orang mintak rokok tu, yang tu ja yang aku ingat pun. ;)
2 comments:
Hahaha! No wonder lah dia hidup. Chaite! Tertipu diriku :P
patut la x bahaya.
Post a Comment